Powered By Blogger

Friday, September 30, 2011

Dari kebun kecil..:)

Asssallamulaikum..

Habis sudah sebulan beraya..sebulan jugalah saya beraya sakan..:)
Kurang menjahit..lebih-lebihan berjalan..
hari ni barulah sempat menjenguk & membersihkan kebun kecil
di belakang rumah..
Dan Tadaa.!!.sudah membuangkan hasil..:)

Beberapa biji Peria & Cili Hijau..(cili ni kalau dibiarkan beberapa hari lagi jadilah cili merah..tapi tak sempat ..dah dipetik : )





Alhamdullilah..cukuplah utk sekali masak..harap-harap akan datang lebih subur dan rimbun buahnya boleh di sedekahkan ..:)

Saturday, September 24, 2011

Puding Marble Coklat

Assalammualaikum..

Puding Marble Coklat ni saya buatkan untuk bawa ke rumah mak, sebab hari ni  ada majlis "berkampung " maksudnya majlis yg diadakan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis kenduri kawin..berkumpul dengan jiran tetangga utk berbincang pasal  agihan kerja masa kenduri kahwin dan hal-hal  lain yang berkaitan kenduri yang berlangsung nanti...(ehh..mcm kamus DBP pulak..hehe)


Resepi puding ni sama seperti puding pelangi yang saya buat kelmarin, cuma saya mengubahkan rasanya kepada coklat..& saya marblenya kpd 2 color saja..:)



Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )


  1. 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  2. 5 1/2 cawan air
  3. 200 gm gula pasir
  4. 1 tin susu cair
  5. 6 keping roti - (saya guna guna kulit roti sekali)
  6. 1 biji telur
  7. 2 sudu milo + 1 sudu kecil serbuk koko(dibancung dengan 1/2 cwn air suam)
  8. sedikit pewarna kuning

Cara-cara Menyediakannya ;


  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 5 1/2 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-2 bahagian dengan tiap-tiap bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan 1 bahagian tadi dengan 1/2 cwn bancuhan koko & kacau rata & 1 bahagian pula dengan sedikit pewarna kuning
  5. Tuang secara berselang-seli antara bancuhan koko & warna kuning tadi, hingga habis
  6. Sejukkan sebelum dipotong.

Friday, September 23, 2011

Puding Pelangi

 Puding pelangi ni saya buatkan utk meraikan tetamu yang bertandang ke rumah kami berhari raya kelmarin...kebetulan stok roti masih banyak..saya gunakan  resepi dari Mass@Myresepi..
Warna pelangi tu bukanlah warna sebenarnya..:)..warnanya boleh diubah & dicorak  ikut kreativiti kita sendiri...

 Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )


  1. 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  2. 6 cawan air
  3. 200 gm gula pasir
  4. 1 tin susu cair
  5. 6 keping roti - (saya guna guna kulit roti sekali)
  6. 1 biji telur
  7. 3 jenis pewarna
  8. 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara Menyediakannya ;


  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian (atau lebih, ikut suka) dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan sebelum dipotong.

Breakfast @ Papa Rich

Sarapan ringkas di pagi Jumaat di Papa Rich @ 3rd Mile Square, Jalan Klang Lama bersama peneman setia..
Inilah percubaan pertama di Papa Rich..
Hari saya & suami pilih set menu breakfast di Papa Rich yang semuanya berharga RM 6.90 (sorry..terlupa lpk nak snap gambar menunya) ada 5 menu semuanya..

saya pilih breakfast set ..Coffee & Kuey Teaw sup.Rm 6.90 .saya suka rasa kuey teaw supnya. & bertambah sedap bila dimakan dengan cili api yg merah menyala tu..kaww !!


...kenyang sampai ke petang..:)
Set lengkap ala kopitiam ~  roti bakar, telur 1/2 masak & Tea tarik, RM 6.90 ni pilihan suami..
..tengahari dah lapar balik..;)

Sunday, September 11, 2011

Flower Girl Dress - Nisha

Batu2 Manik berwarna warni  di bahagian leher baju
Untuk Nisha & adiknya Marsha



Tinggal 5 lagi..:)

Keindahan ciptaan Tuhan

 
Cantik & rasa tak puas melihat bunga-bungaan segar ini..rasa nak semuanya !!
Gambar ni saya ragam masa temankan mak & makcik Nurul membeli bunga segar  di lot2 kedai di sepanjang jalan Sungai Buluh ke Subang Airport ..
kebetulan kami melaluinya  semasa balik  jalan beraya kelmarin
Berderetan  kedai menjual bunga-bungaan  & perhiasan landskap sepanjang jalan disitu..memang rambang mata..
tapi saya tak beli apa-apa pun..sekadar cuci mata..sebabnya mak dah borong sampai penuh bonet kereta!!..
Jom cuci mata dengan keindahan bunga ciptaan Tuhan..














Saturday, September 3, 2011

Flower Girl Dress - Marsha

9-Oct-2011- adik bongsu saya, Nurul akan naik pelamin..InsyaAllah
..tak sampai seminggu beraya..saya terpaksa berteman semula dengan mesin jahit..huhuhu
..ini angkara menyiapkan flower girl dress..bukan dua orang ..tapi 7orang!..

tapi sebenarnya saya teruja & tak sabar nak tengok 4 budak comel bergaun & 3 anak gadis sunti berbaju kurung moden..
Kain utk flower girl dress ni saya yg pilihkan sendiri..lazimnya warna putih..tapi sebab temanya warna pink & purple pilihan nurul..saya pilihlah warna pink..sesuai utk semua anak gadis comel tu..:)

Gaun  yg pertama saya siapkan untuk Marsha..anak dara paling comel antara 4 yang bergaun...

Sebab kain ni kosong..saya tambahkan renda yang siap dengan manik..dan batu2 yang  berbentuk bunga..yg perlu saya di cantum & gamkan ..dan saya buatkan ikatan  reben..guna kain yang sama di bahagian pinggang (belakang)



Fuhhh..siap sepasang..tinggal 6 helai lagi.....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...