Powered By Blogger

Sunday, October 30, 2011

Berlipur di Perak

Percutian di Perak ni. saya & suami rancang  lepas Amir Ashraf habis UPSR ..kali ni kami rancang bawa anak2 berlipur di Perak...singgah ke Teluk Batik, menginap di Swiss Garden International Golf & Spa Resort, Damai Laut dan seterusnya ke Pulau Pangkor...semuanya dalam masa 2 hari 1 malam ..  Padat !!..:)

Perjalanan P.J - Kuala Selangor
.suasana perjalanan melalui jalan-jalan kampung sungguh mengujakan,damai & tenang .~untuk org bandar yang tidak berkampung~

Permandangan sekitar perjalanan di Kuala Selangor





Teluk Batik
3 1/2 jam perjalanan dari Petaling Jaya ke Perak sampai destinasi pertama percutian






Taman Hutan Paya Bakau ~ Sitiawan
15 minit perjalanan dari Teluk Batik, kami singgah di Taman Hutan Paya Bakau, Sitiawan..
Terkasima dengan keindahan hutan paya bakau....indahnya ciptaan Tuhan !






Swiss Garden International Golf & Spa Resort, Damai Laut
30 minit perjalanan dari Taman Paya Bakau..melalui ladang estet, hutan & melalui kawasan bukit ..sampailah di hotel penginapan..hilang rasa penat bila tengok panorama indah dari Swiss Garden..





Pulau Pangkor



Sebelum pulang..destinasi akhir ke Pulau Pangkor...menaiki feri 30 minit dari Jeti Lumut ke Pulau  Pangkor...


Saturday, October 29, 2011

Bun Inti Kelapa


Assalamulaikum..
Bun berinti kepala ini antara bun kegemaran saya & suami..antara bun yg selalu saya buat.
hari ni saya buatkan untuk minum petang & selebihnya untuk bekal berjalan ke perak esok...
Satu adunan ni boleh dapat dalam 22-24 biji...

Bahan-bahan :

  1. 500grm tepung roti
  2. 240ml air
  3. 20grm susu tepung
  4. 1 biji telur
  5. 100grm gula halus
  6. 80grm lemak sayur (shortening)
  7. 1 sudu teh garam halus
  8. 2 sudu teh yis
  9. 1 sudu teh bread improver
  10. 1 sudu teh bread softerner
  11. Mentega (untuk disapu)
Bahan inti kelapa :
  1. 2 1/2 cawan kelapa (yg muda)
  2. 60 grm gula melaka*
  3. 50grm gula*
  4. 2 helai daun pandan*
  5. 1/2 cawan air*
  6. 1/2 sudu kecil tepung gandum
Cara masak inti kelapa ;
  •  Masukkan kesemua bahan bertanda * bila sudah sebati...tapis airnya
  • Masukkan air gula yang telah ditapis bersama kelapa muda..kacau hingga rata
  • Bila inti kelapa kering masukkan tepung gandum ..masak hingga sebati

Cara membuatnya :
  • Campurkan semua bahan doh dan gaul uli sebati kecuali shortening
  • Masukkan sedikit demi sedikit shortening..uli hingga kenyal dan tidak melekat di tangan
  • Biarkan doh berehat selama 1 jam (**cara lain mengunakan bread maker machine)
  • Selepas 1 jam..tumbuk2kan doh dan bulatkan  (lebih kurang 50g satu)..masukkan inti kelapa di dalamnya & bulatkan semula..
  • Rehatkan 45 minit lagi..selepas tu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 20-25 minit
  • Sapukan sedikit mentega di permukaannya selepas keluar dari oven



untuk bekal berjalan ke Perak esok..

Saturday, October 22, 2011

Chocolate Donat Ball

Assalamualaikum..
Pagi ni utk sarapan saya buatkan donut...kejadian ini disebabkan semalam asyik melihat keenakkan donat kt Astro di saluran 706..terasa-terasa keenakkannya..jadi utk memenuhi keinginan tu..wajiblah pagi ni mulakan menguli doh donut..tapi saya buatkan saiz yg comel..senang disediakan & mudah dimakan...resepi asal dari syuhaiza@myresepi.com..saya ubahkan sedikit resepi asalnya dan letakkan chocolate bar didalamnya..:)



 
Bahan-bahan :
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1/2 pack mauripan
  3. 2 sudu susu pekat
  4. 2 sudu marjerin
  5. sedikit air
  6. gula aising 
  7. Coklat masakandi potong dadu (optional)
  8. minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya :

  1. muripan di bancuh dengan air dan ketepikan(hingga berbuih)
  2. satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
  3. uli dengan air. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik
  4. bulat2 kan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik 
  5. biarkan doh dalam 10 minit dan goreng
  6. gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising.
  7. dah siap untuk dimakan.

Saturday, October 15, 2011

Turquoise

 Assalammulaikum..

Alhamdullilah selesai sudah kenduri di rumah mak..minggu hadapannya kenduri di rumah pengantin lelaki di Perak pula..Kalau ikutkan penat..memang belum habis lagi rasanya..
tapi sebab teringin nak menjahit baju warna biru turquoise ni ..harus dikuatkan semangat !!

Baju kurung moden utk Sofiya
hiaskan baju sofiya yg kosong dengan renda sepjg 1 meter di bahagian bawah baju

Kain potongan A
Bah. pinggang kain

Saya tak penah lagi  ada koleksi baju warna turqoise ni ..nampak cantik pulak..:)
saya belikan juga kain kosong warna yang sama untuk  baju kurung moden Sofiya & gaun untuk Amelin..
Gaun utk Amelin

Manik di bahagian pinggang gaun
Saya jahitkan dulu baju anak2 dara ni dulu..(takut tak sempat siap) kemudian barulah  baju kurung saya sendiri..Alhamdullilah siap & saya suka tengok Amelin & Sofiya bergaya dengan warna ni...:)



Sunday, October 9, 2011

Serba Merah Jambu !!





Alhamdullilah...siap sudah semua baju flower girls yang mengiringi pengantin...comel tak ..7 org semuanya, 2 anak saya, 2 org anak kakak & 2 org anak abang   & 1 org anak anak abg yg sulong..fuuhh ramaikan....:)
Dari kiri (atas) ; Bila, Niesha, Sofea, Sofina, Amelin, Marsha &Qistina

Sebulan juga menjahit mengunakan benang warna pink je..menyiapkan 7 helai baju pengiring pengantin ni..4 helai gaun & 3 helai baju kurung moden .

Berbaloi rasa penat & rasa sangat happy  bila hajat tercapai & melihat anak & anak2 buah seronok mengiringi makcik & pakciknya bersanding.:)

Selamat Pengantin Baru , Nurul & Fahmi




Selamat menempuhi alam rumahtangga buat adik tersayang Nurul Nadiah & Mohd Fahmi..
semoga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia,  berkekalan hingga ke akhir hayat...dan sentiasa diberkati Allah..

Friday, October 7, 2011

7 Flower Bouquet

Baju flower girl dah siap..tinggal nak buatkan flower bouquet pulak utk 7 org flower girl yg comel..

Saya buatkan flower bouquet yg super simple ..senang & mudah siap..masa pun dah suntuk..
malam ni makcik@ nurul berinai..& pengapit2nya sibuk jugak nak berinai...
Terima kasih kaklong , menginaikan pengantin & rajin melayan kanak2 riang ni berinai ..:)

Macam pengantin..:)

pengapit pun nak beranai sama ..:)

malam ni, saya mulakan projek mengikat 3 kuntum bunga dan diikatkan bersama bunga2 kecil berwarna putih & di balut dengan tissue paper warna pink & pupple ikut tema kahwin makcik..lebih kurang sejam siaplah 7 flower bouquet.


Diorang pun dah teruja bila tengok bunga tu..ehh..tak sabar tunggu besok ....bukan besok lagi!!

Marsha..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...