Powered By Blogger

Sunday, February 27, 2011

Air Soya & Taufu Fa

Hujung minggu ni..cuma sikit-sikit aktiviti menjahit..
buat untuk melepaskan gian je..tapi tak dapat nak tunjuk lagi..sebabnya masih sepah lagi benang disana sini..harapnya esok siap ..InsyaAllah..:)

Jadi hari ni, aktiviti setiap hujung minggu  yang sempat dibuat ialah memasak Air Soya dan kembarnya Taufu Fa...
Ramai kawan-kawan yang bertanya resepinya..jadi inilah resepinya puan-puan..silalah salin ye..:)

Air Soya

  1. 250grm kacang soya (rendam 6 jam & basuh)
  2. 2 liter air
  3. 2 helai daun pandan 
Cara-cara menyediakannya :-
  1. Kisar kacang soya dengan 2 liter air ( kisar sebanyak  2 kali)
  2. Tapis dengan penapis teh (jenis kain) & perah
  3. Masukkan air yang diperah tadi bersama 2 helai daun pandan
  4. Masak hingga mendidih.
  5. Bila siap, bolehlah dicampurkan sedikit air gula. 

Taufu fa
*bahan & cara sama seperti buat air soya (tidak bergula ) cuma tambahkan ;
  1. 1 sudu kecil GDL (boleh didapati dikedai menjual bahan2 kek)
  2. 2 1/2 sudu besar tepung jagung
  3. 1 cawan air suam

Cara-cara menyediakannya :-
  1. Bancuh GDL & tepung jagung dengan air suam
  2. Masukkan ke dalam termos bancuhan tadi sementara menunggu air soya mendidih
  3. Setelah air soya mendidih tuangkan cara tinggi ke dalam termos (seperti teh tarik).
  4. Tutup (jangan jenggok2) sekurang-kurangnya 40 minit (letakkan benda berat diatas termos supaya ketat)
  5. Bila dah beku..bolehlah dikeluarkan sedikit buih-buih dilapisan atasnya 
  6. Siap bolehlah dimakan..kalau tak nak boleh bagi jiran..hehe
* sedap dimakan bersama air gula melaka (gula melaka yang dimasak dengan  sedikit gula & daun pandan)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...