Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

Telekung Sofiya

Sejak minggu lepas lagi Sofiya dah minta buatkan telekung ...sebab ibunya dah beberapa kali berjanji nak buatkan...
dia mengadu telekung yg lama dah kecik..dah terjulur jarinya...pakai telekung ibu pulak..besar sangat !
Sebenarnya ibunya pun tak penah lagi menjahit telekung...semuanya beli je..
Tapi bila dah berjanji..kenalah tunaikan.:(

Untuk peringatan diri sendiri juga, menjahit telekung saiz Sofiya (anggaran umur 7-12 tahun) perlu :-
  • 1 1/2 meter kain untuk telekung (termasuk renda @ tidak berenda & lapik di bahagian dalam )
  • 11/2 meter kain untuk membuat kain telekung
  • 3-4 meter renda untuk bahagian keliling telekung (pilihan)
  • 1/2 meter getah bersaiz 1/4 inci (utk bahagian muka & pengikatnya)
  • 1 meter getah bersaiz 1 inci untuk bahagian pinggang kain


letakkan lapik dibahagian kepala ~
supaya tak perlu  memakai anak tudung lagi

Sebenarnya menjahit  telekung lebih mudah dari menjahit baju, sebab jahitannya lurus saja, cuma perlu berhati-hati menguntingnya bahagian telekung dan menjahit dibahagian muka..takut lari dari saiz yang dikehendaki..dan telekong contoh memang perlu masa awal belajar menggunting & menjahit...(ehh..mcm cikgu kelas jahitan..hehe)
siapa yang berminat boleh mencuba...selamat menjahit!  :)

budak kecik ni sibuk jugak nak mencuba..:)

Sunday, February 27, 2011

Air Soya & Taufu Fa

Hujung minggu ni..cuma sikit-sikit aktiviti menjahit..
buat untuk melepaskan gian je..tapi tak dapat nak tunjuk lagi..sebabnya masih sepah lagi benang disana sini..harapnya esok siap ..InsyaAllah..:)

Jadi hari ni, aktiviti setiap hujung minggu  yang sempat dibuat ialah memasak Air Soya dan kembarnya Taufu Fa...
Ramai kawan-kawan yang bertanya resepinya..jadi inilah resepinya puan-puan..silalah salin ye..:)

Air Soya

  1. 250grm kacang soya (rendam 6 jam & basuh)
  2. 2 liter air
  3. 2 helai daun pandan 
Cara-cara menyediakannya :-
  1. Kisar kacang soya dengan 2 liter air ( kisar sebanyak  2 kali)
  2. Tapis dengan penapis teh (jenis kain) & perah
  3. Masukkan air yang diperah tadi bersama 2 helai daun pandan
  4. Masak hingga mendidih.
  5. Bila siap, bolehlah dicampurkan sedikit air gula. 

Taufu fa
*bahan & cara sama seperti buat air soya (tidak bergula ) cuma tambahkan ;
  1. 1 sudu kecil GDL (boleh didapati dikedai menjual bahan2 kek)
  2. 2 1/2 sudu besar tepung jagung
  3. 1 cawan air suam

Cara-cara menyediakannya :-
  1. Bancuh GDL & tepung jagung dengan air suam
  2. Masukkan ke dalam termos bancuhan tadi sementara menunggu air soya mendidih
  3. Setelah air soya mendidih tuangkan cara tinggi ke dalam termos (seperti teh tarik).
  4. Tutup (jangan jenggok2) sekurang-kurangnya 40 minit (letakkan benda berat diatas termos supaya ketat)
  5. Bila dah beku..bolehlah dikeluarkan sedikit buih-buih dilapisan atasnya 
  6. Siap bolehlah dimakan..kalau tak nak boleh bagi jiran..hehe
* sedap dimakan bersama air gula melaka (gula melaka yang dimasak dengan  sedikit gula & daun pandan)

Monday, February 21, 2011

Happy 13th Anniversary ...

21hb Februari 1998 ~ 21 Februari 2011,
Sudah 13 tahun usia perkahwinan kami,
Kami meraikanya bersama anak-anak ke The Legend Water Chalet, Port Dickson pada 18 & 19 Februari 2011...
Hotelnya best ! & permandanganya indah..

Teruja !
Petangnya..mandi-manda di Teluk Kemang hingga senja..
Pagi-pagi lagi dah ke swimming pool..budak kecik yg x suka mandi pun excited..:)




Di Muzium Angkatan Tentera, Port Dickson.
suami tercinta
bersama anak-anak
Syukur pada Allah dikurniakan suami yang terbaik buat saya & ayah terbaik juga buat anak-anak...sentiasa memberikan kasih sayang dan tanggung-jawab buat kami sekeluarga..
Semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kami hingga keakhir hayat..amin
Terima kasih suami buat tercinta, Aljeffry Abdul Rashid..:)

Wednesday, February 16, 2011

Kenduri & baju baru..

Minggu lepas saya & family membawa mak & mak mertua pergi menghantar rombongan bertunang.

Last minute rasa  teringin pulak nak menyiapkan baju baru untuk Sofiya & Amelin
Kainnya dah saya potong awal (minggu sebelumnya)...tapi mulakan menjahit pukul 12.00 tengahari  dan pukul 3.30 petang dah siap....nasib baik siap on time..:)
Tapi masa buat tu penuh khusyuklah..hehe..
Peasant dress memang mudah disiapkan, berbanding dress lain..
aksesori ; bunga reben dan renda
Ringkas, tak payah berbutang & berzip, cuma pasangkan getah di bahagian leher & lengan  dan tambah aksesori seperti reben & renda  untuk nampak cantik ..



Sunday, February 13, 2011

Baju kurung & sulaman..



Inilah baju kurung yang saya pakai masa hari pertunangan adik bongsu saya hari tu...
Baju kurung berpesak biasa..lehernya saya labikkan kertas gam untuk di jahit sulaman..

Saya sukakan coraknya yang abstrak ....untuk mengindahkanya saya tambahkan jahitkan sulaman manik & taburan manik  hitam di bahagian leher dan dibahagian hujung lengan .saya jahitkan manik hitam berbentuk tiga segi..
Asalnya nak samakan corak sulaman tangan seperti di bahagian leher  tapi bila dah siap sebelah ...nampak berserabutlah pulak.. .buka balik..
Alhamdulillah...siap jugak walaupun last minute ..tapi bila dah mengenakan tudung..nampak hujung sulaman je..:).

Gambar kami sekeluarga

Tuesday, February 8, 2011

Gubahan semula..

 Inilah pemberian makcik (panggilan manja Nurul)..Sekotak bunga-bungaan  ini dari hantaran sebelah lelaki....setelah hantaran makanan di perabihkan..tinggallah bunga2, reben & rama-rama  ditinggalkan didalam kotak...:)

 setelah digubah semula ...tak sangka pulak boleh dapat 3 pasu

...makcik tolong jangan mintak balik ye..hehe

Serba kelabu

Selamat bertunang Makcik !

6 Februari 2010
Hari pertunangan adik bongsu, Nurul Nadiah @ makcik dgn buah hatinya Fahmi..
berseri -seri macam pengantin..:)
persalinan pakaian di jahit oleh mak tercinta..:)

pelamin & 13 dulang hantaran untuk pihak lelaki digubah oleh sepupu, Muhd Ariff

Serba kelabu @ silver hari tu, dari pelamin, pesalinan pakaian dan hantaran...dan kami adik beradik & anak-anak buah pun bergaya dengan warna sedondon juga..:)

Tapi warna yg mak pilih tu memang nampak canggih..:)
Pelamin & hantaran hari tu digubah indah oleh tangan berseni sepupu saya, Muhd Ariff panggilan manjanya Atan.

Semoga pertunangan Nurul & Fahmi berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan keakhir hayat..amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...