Assalamulaikum...
Masih lagi belum puas makan brownise minggu lepas , jadi minggu ni saya cuba resepi lain yang saya ambil dari blog sky blue kitchen...Alhamdullilah sedap & bahannya pun ringkas ..:)
Bahan-bahan
250 gm coklat
masakan ( dark ) - dipotong menjadi ketulan kecil
150 gm mentega
180 gm gula
perang lembut ( soft brown sugar )
3 biji telur-
dipukul ringan
1 tsp esen
vanilla
120 gm tepung
serbaguna-diayak
120 gm coklat chip
120 gm biji gajus
panggang - dicincang
Cara - cara
1.
Cairkan coklat
masakan bersama mentega menggunakan double boiler atau masukkan ke dalam microwave
( medium power ) selama 2 minit. Keluarkan dari microwave.. Kacau adunan
menggunakan whisk sehingga lembut.
2.
Kemudian masukkan
gula dan gaul sebati.
3.
Masukkan telur
dan tepung.. Gaul sebati.
4.
Masukkan coklat
putih dan biji gajus cincang. Gaul rata menggunakan spatula.
5.
Tuang adunan ke dalam loyang 28
cm x 18 cm / 11" x 7 " yang telah dialas dengan kertas minyak dan
dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam oven yang telah d panaskan pada
suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ianya
masak.
6.
Sejukkan sebelum
dipotong.
7.
Potong mengikut
citarasa masing-masing dan taburkan dengan gula aising atau glace icing di
atasnya semasa menghidang.