Powered By Blogger

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri

Assallamualaikum ...Selamat Hari Raya Aidilfitri  & Maaf Zahir & Batin untuk semua umat Islam yang meraikannya tak kira di mana berada ..


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kesempatan hidup ada keluasan ilmu
Hidup ini indah jika segala kerana ALLAH SWT
Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H

Monday, August 29, 2011

Hidangan di pagi Syawal..

Esok dah hari raya..rasanya sekejap je berakhir sebulan Ramadan
Menjadi kewajipan kami sekeluarga  sehari sebelum raya...gotong royong memasak hidangan raya raya di rumah mak ..
sebenarnya saya bertuah tinggal berdekatan dengan mak & mak mertua..5 minit je perjalanan balik kampung..jadi takde masalah jalan sesak & pilihan balik kampung beraya..:)
Selalu maklah yg menjadi master chef @ ketua memasaknya..tapi sebab mak tak berapa sihat hari ni..direhatkan..tugas memasak di serahkan kepada junior2 chef....kira naik pangkatlah ni..hehe..
..risau jugak apalah rasa juadah raya tahun ni..tanpa air tangan mak..
Alhamdullilah..berkat gotong royong....siap semua hidangan siap tepat sebelum waktu berbuka.
Rendang ayam, rendang daging sup tulang & nasi impit ..
Kalau mak yg sihat..mesti ada tambahan menu lain..lemang, kuah kacang, kuah lodeh..:(
Jom cuci mata menu raya kami sekeluarga..

Rendang Ayam
Bawang , Cili Padi, halia & lengkuas..bahan utk memasak rendang

Rendang ayam ..sedang dimasak
5 ekor ayam - siap di rendang
Rendang Daging yang dicampur bersama hati & paru
5 kilo rendan daging, hati & limpa..siap di masak
Sup tulang
Daging & tulang di masak sup..yumm-yumm
semua hidangan siap menunggu jemaah masjib datang bertakbir di malam hari raya


menjamu kanak-kanak pengunjung akhir selepas takbir..

Saturday, August 27, 2011

Baju Raya - yeah dah siap !!!

Alhamdulillah lega sungguh bila baju raya anak-anak siap...hanya sempat siapkan sepasang sorang..sepasang baju kurung untuk sofiya & Amelin & sepasang baju melayu tebuk belanga untuk Amir..dan sepasang baju kurung pesak pahang untuk saya sendiri..semuanya sedondon berwarna coklat..:)
 Yang ni baju kurung sofiya..saya sudahkan dengan menjahit assesori berbentuk keronsang di bahagian lehernya...mudah & cepat siap ...:)
 Amelin punya saya pilihkan yg berbentuk bulat & saya jahitkan manik pearl hitam di keliling  lehernya

Baju & kain berwarna & bercorak sedondon utk Sofiya & Amelin..

Baju Melayu - Zarith Zaquan


Tebuk Belanga
Saiz poket : Lebar 3 1/2 inci , Panjang 3 1/4 inci

 Baju Melayu putih ni milik anak buah paling kecil (anak bongsu abang).. Zarith Zaquan , berumur 1 1/2 .saiz bajunya comel secomel orangnya..
..walaupun kecil tapi bila menjahit baju melayu part poket tu yg paling bercinta...hehe..InsyaAllah nanti nak tempekkan gambar si comel ni bila dia menyarungkannya nanti..:)

Thursday, August 25, 2011

Tugu Negara

Gambar kami sekeluarga di Tugu Negara..
berdepan dengan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur..
 Melihat Tugu untuk mengigati jasa & pengorbanan pahlawan negara ..
.




Sunday, August 21, 2011

Chocolate Chip Cookies

 
Hari ni luangkan sikit masa buat kuih raya..Kalau ikutkan masa untuk menjahit..rasanya nak beli je semua kuih raya..tapi kesian pulak dengan Sofiya yang asyik tanya..bila ibu nak buat kuih raya ??..
kesian dia excited nak tolong buat kuih raya..:)
Resepi ni dariNadia @ Myresepi.com..biskut ni selalu juga saya buat bila teringin nak makan. & hasilnya pun banyak..kalau di buat saiz comel  lebih dari 100 biji..
Disini saya kongsikan resepinya :-
Sebelum di bakar

Bahan-bahan ( 100 biji ++ )

  1. 450g tepung gandum
  2. 1 biji telur
  3. 250g mentega
  4. 115g gula halus
  5. 110g gula perang
  6. 100g chocolate chips
  7. 3 sudu besar cocoa powder
  8. 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  9. 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara menyediakannya :-

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda+ serbuk koko yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips
  4. Masukkan gajus dan di gaul rata
  5. Buat bulatkan kecil 2 dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Thursday, August 18, 2011

Baju Kurung Qistina



Baju kurung ni milik Qistina, sepupu Amelin....Alhamdullilah siap sudah 2 pasang baju  Qistina, sehelai lagi sebelum puasa lagi dah disiapkan..dan yang ni walaupun seksa sikit nak menguntingnya sebab kain tersangatlah lembut..dan saya jahitkan manik di bahagian bunganya untuk nampak bling2 ..taklah nampak kosong sangat...:)

Wednesday, August 17, 2011

Skirt buat Sofiya & Amelin


 Skirt hitam putih ni..daripada kain baki yang ada dalam stok..cukup untuk skirt Sofiya sorang...Potongan skirt yg biasa saya buat..cuma lebarkan ukuran 5 inci bahagian ropolnya...supaya lebih nampak kembang di bagian bawah skirt




Skirt berbunga ni pula untuk Amelin...Saya suka corak2 bunga-bunga ceria ni..nampak comel..
saya buatkan kedua-dua skirt ni untuk padankan dengan T-Shirt..

Peasant blouse+ Polka dots ribbon

Kain berwarna putih bersulam bunga ni saya beli 1 meter tapi bidang besar  60 inci, cukup untuk buat 2 peasant blouse untuk 2 anak dara saya ni.:)
Tak nak nampak kosong sangat saya ikatkan reben polka dots dibahagian dadanya..reben ni pun saya beli 1 meter je...tapi sebab banyak sangat yg cantik saya borong macam2 corak & warna...:)


Sofiya punya
Untuk Amelin

Blouse ni saya buatkan untuk padankan dengan skirt  berwarna krim yang telah saya siapkan sebelum ni...



Kerabu Kerang




Bahan-baham :

  1. 1 cawan kerang ( direbus & diambil isinya)
  2. 2-3 cawan taugeh (dicelur sebentar)
  3. 5 batang kacang botol (dipotong halus)
  4. 1 sudu besar kerisik
  5. 2 ulas bawang merah dihiris
  6. 2 biji limau nipis (diperah )
  7. 2-3 biji cili merah *
  8. 3 biji cili padi *
  9. 1 sudu kecil udang kering *
  10. sedikit belacan (dibakar sedikit) * (bahan bertanda * di tumbuk lumat)
  11. Garam & Gula secukup rasa 
 Cara-cara :-
  • Campurkan kesemua bahan didalam bekas..perasakan gula & garam & asam,
  • Gaul rata / sebati & bolehlah dihidangkan
* sebaik-baiknya digaulkan 10 minit sebelum dihidang / dimakan


Sunday, August 14, 2011

Berbuka bersama keluaga..

 Meriah & seronok dapat berbuka ramai-ramai satu keluarga besar kami....cucu-cucu mak & abah di hitung semuanya seramai 17 org tak termasuk anak & menantu..
Bila berkumpul sekali..fuhh memang meriah & gamat !
Tugas memasak pun terpaksa di agih-agihkan ..& ada juga juadah yg dibawa dari rumah utk dikongsi bersam...
Jom cuci mata dengan berbuka kami sekelaurga hari ni..:)

Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api dengan rebung ~ dari air tangan mak
Ayam Masak Kicap
Asam Pedas Daging Tetel

Ayam Masak Paprik

Sawi Goreng di goreng oleh makcik Nurul

Mee Goreng di goreng oleh chef ita..;P

Kueytiaw Goreng ~chef ita jugak...gila kuasa betul..hehe

Dari Kaklong Marina - Popia goreng & Didih Moncha & Keladi (tiada dlm gambar)


Monday, August 8, 2011

Skirt - Sofiya & Amelin

Skirt ~ Sofiya

Skirt - Amlein
 Saya suka corak skirt ni..tapi sayangnya hanya ada 1 1/2 meter je..tak cukup untuk buat gaun untuk 2 anak dara ni..jadi saya buatkan skirt supaya dua-dua boleh pakai sama..
1 1/2 meter kain cukup-cukup untuk buat skirt untuk kanak-kanak umur 10 tahun & 5 tahun
2 potongan kain untuk bahagian skirt & ropol..untuk Sofiya saya gunting selebar 4 1/2 inci utk ropol & 2 1/2 inci utk ropol skirt Amelin
Masa menjahit tak sampai 2 jam untuk 2 skirt ni..saya tak pasangkan renda sebab coraknya dah penuh
InsyaAllah..tinggal nak siapkan blouse yang sepadan pulak lepas ni..bolehlah dua anak dara ni bergaya untuk raya nanti..:)

Kedut penuh untuk bahagian ropol

Saiz ropol ~ 2.5 inci unutk Amlein , 4.5 untuk Sofiya

Saturday, August 6, 2011

Baju Raya - Addin & Zara

Sepasang Baju Melayu  & 2 Pasang baju kurung ni milik si comel Addin Zidane & Nur Zara..(anak kepada adik suami)..Alhamdullilah telah siap sebelum ramadan lagi..
Baju Melayu tebuk Belangga


Baju Kurung yang sedodon dengan abangnya..

Sepasang lagi untuk Zara
Inilah Nur Zara..bergambar bersama kakngah Sofiya..gambar ni diambil masa Addin & Zara dtg dengan papanya dirumah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...