Powered By Blogger

Monday, November 29, 2010

Untuk Nur Zara

Gaun berbunga mawar merah ini hadiah untuk anak buah, Nur Zara yg genap ~ 1 tahun !



Suka pada warna & corak fabriknya.. latar putih dan bunga rose merah kecil..
sesuai untuk baby comel..
tapi terbesar dari saiz badannya .. takpelah boleh pakai lama ..:)
semoga hidupnya putih bersih & berbunga keceriaan selalu...Insyaallah

Monday, November 22, 2010

Betul-betul seksi !!

Hehe...rasa nak ketawa tengok gambar-gambar di bawah nie..
Anak gadis sunti di bawah nie ialah ; Qistina, anak bongsu abang dan  Amelin..
Dress yang Qistina pakai nie permintaan dari ibunya..sama design ngan dress Amelin,

tapi dia punya lagi seksi..betul-betul seksi!
cukuplah dua keping gambar nie..yang lainya tak sesuai untuk tatapan umum..hehe

Wednesday, November 10, 2010

Beg lagi !

5 bag + 1 pencil case ~ 1 hari...Ahad lepas
Adoiyaii..penat..lepas balik dari Genting Highland..
Esoknya, Ahad tu saya terus menjahit ...siapkan tempahan dari kawan2 anak buah..

Alhamdullilah siap..inilah kesemuanya...

Peasant Blouse ~ 2

Peasant blouse kali ini berwarna biru, warna yang jarang saya pilih...
cantik. bila tengok kuntuman tulip berwarna biru ini..
Sedikit tambahan dari yg pertama..bersarkan sedikit saiz & labuhnya..
tambahkan reben & renda putih untuk nampak comel..



Amelin & Sofiya gayakan  blouse ni semasa bercuti di Genting Highland pada cuti Depavali lepas..

Tuesday, November 2, 2010

Buku baru..

 Dua buku jahitan yang telah saya beli minggu lepas ;
Pertama.
Panduan Membuat Pakaian - Mariam Abu Bakar ( Harga RM 50.00)
Antara Halaman - Panduan Membuat Pakaian


Ringkasan Buku :-

1 ) Panduan Membuat Pakaian  (Mariam Abu Bakar)
  1.  Panduan lengkap mengenai jahitan termasuk barang-barang keperluan menjahit,  fungsi & cara mengunakan mesin jahit
  2. Langkah-langkah memotong & menjahit pakaian pelbagai fesyen, seluar, skirt, blouse ,baju kurung dll.
2) Variasi Busana Tradisional  (Salikin Sidek)
  1. Panduan mengukur pakaian, pilihan kain sesuai
  2. Panduan  melakar, mengunting & menjahit kebaya dan baju kurung tradisional pelbagai fesyen seperti baju kurung riau, baju kurung pahang, baju kurung johor..
Variasi Busana Tradisional ~ Salikin Sidek (RM 35.00)

Antara panduan dari buku Variasi Busana Tradisional

Seronok dapat memiliki buku sebagai rujukan dan dapat menambah ilmu..
Selain dari itu emak tetap rujukan jahitan saya yang utama ...

Baju Melayu tercomel

leher ~ tebuk belanga & jahitan tulang belut

Baju melayu ini yang paling kecil penah saya buat..
Baju Melayu pertama milik Harith Isyraq..masa ini umurnya 2 bulan..ditempah untuk dipakai kenduri aqiqah..
Panjang tangannya cuma 9 inci !..
Seronok sebenarnya menjahit baju baby..kerana comel dan saya selalu berprasangka..betul ke saiz nie?..comel ye?
Tapi memang itulah saiznya...comel untuk si comel...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...