Powered By Blogger

Saturday, May 11, 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Roger




Assalammulaikum.

Menu kami sekeluarga malam ni sambil tengok Master Chef Selebriti. 1 ekor ayam ni saya potongkan kepada 4 bahagian, dan saya perap selama 3 jam sebelum panggang..Alhamdullilah sedap & licin semuanya..:) 
Resepi ayam panggang ala Kenny Roger ni saya ambil dari blog Potret Kasih & resepi asal dari Dapur Hana.

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger 

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk perap ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan 
 Sedikit mentega


Cara penyediaan

1. Campur kesemua bahan perap dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam atau  semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. (saya campurkan sekali lobak merah & kentang)
6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. (atau apa saja yang kita suka)

Friday, May 10, 2013

Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam


 Assalamulaikum..

Selalunya saya  & suami makan lunch kat cafe office je, cepat & senang...tapi hari ni rasa mood nak makan ditempat yang aman damai lagi menenangkan (mood ngada2 dah sampai ..hehehe) tempatnya di Kedai Kopi Di Taman Tasik Shah Alam...ada taman & tasik yang mendamaikan hati sangattt....:P
Menu kami hari ni
Nasi Goreng Melayu ...RM 5.50 (pilihan hb)
Cantonese Fried Noodle ...RM 5.00 (saya punya)
Alhamdulillah..sedap & berbaloi2..& banyak menu lain yg nampak sedap..lain kali boleh datang lagi..:)

Sunday, May 5, 2013

Resepi Oreo Ice Blended

 Assalamulaikum..

Inilah projek memasak tanpa dirancang malam tadi...ingatkan nak tutup dapur & makan dinner kat luar...tapi nasib tak baik restoran yang dituju tu tutuplah pulak, mungkin sebab hari pilihanraya..banyak restoran tutup...huhuhu.
Akhirnya saya masak jugak dengan menu ringkas malam ni, masakan kegemaran anak-anak...Oreo Ice Blended & Spaghetti Aglio Olio
Senyumlah ketiga2 budak comel ni..:)



Resepi Oreo Ice Blended
Bahan-bahan : (utk hidangan 4 org)

  1. 6 keping biskut oreo (saya guna perasa coklat, gunakan cream nya sekali)
  2. 1 kotak kecil susu coklat
  3. 1 pkt Milo (3 in 1)
  4. 3 sudu besar susu pekat manis (tambah @ kurangkan ikut citarasa)
  5. Ais secukupnya
  6. 1/2 cawan air
  7. Ais krim coklat, coklat chip & biskut oreo
Cara menyediakan :
  • Kisar semua bahan (diatas) hingga halus
  • Hiaskan dengan ais krim, coklat chip & oreo (atau apa-apa saja yang digemari)
  • Sedia untuk dinikmati

Wednesday, May 1, 2013

Masak Lemak Cili Api Udang & Pucuk Paku

Assalamulaikum

Hari ni saya "terjumpa' udang yg bersaiz XL dipasar...selalunya kalau ditanya hb..jawapan sama..masak lemak cili api..tapi hari ni saya masak dengan pucuk paku..sayur favourite saya...

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang & Pucuk Paku
Bahan-bahannya :-

  1. 500 grm udangbersaiz besar
  2. 23 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas) *
  3. 1 ulas kunyit *
  4. 1 ulas bawang kecil * (bahan * diblend atau ditumbuk lumat)
  5. 2 batang serai (diketuk sedikit)
  6. 1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
  7. 1 keping asam keping
  8. 1 ikat pucuk paku (ambil bahagian batang yg lembut saja)
  9. garam secukupnya
Cara menyediakannya :
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  • Masukkan juga udang yang telah di basuh ke dalamnya..masak sebentar..
  • Masukkan santan dan garam..kacau hingga mendidih.
  • Bila sudah mendidih...masukkan pucuk paku & asam keping
  • Bila pucuk paku sudah masak..tutupkan api & hidangkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...